ALUMNISISTA (PBSISTA)
PENGENALAN:-
Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Izzuddin Shah dan Raja Perempuan Ta'ayah (PBPSISTA) telah ditubuhkan pada awal tahun 70'an oleh sekumpulan bekas pelajar yang perihatin. Pertubuhan ini diusahakan untuk mengumpulkan bekas pelajar-pelajar untuk sama-sama memperbaiki nasib pelajar dan pembelajaran di kedua-dua sekolah.
SISTA adalah dua buah Sekolah Ugama Kerajaan Negeri Perak yang telah diilhamkan dan diasaskan oleh Tan Sri Ghazali b. Jawi (Menteri Beasr Perak yang pertama) pada tahun 1959 setelah diperkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al Marhum Sultan Yusoff Izzuddin Shah, Sultan Perak (yang memerintah Negeri Perak pada tahun 1946-1963). Pelbagai kenangan manis dan pahit telah dilalui oleh bekas pelajar yang lalu semasa menuntut disekolah ini termasuklah aktiviti tunjuk perasaan kepada Jabatan Ugama Negeri dan Kerajaan Negeri untuk memperbaiki suasana pembelajaran disekolah – sekolah ini.
Kini warga SISTA boleh melihat beberapa cendiakawan telah lahir dari SISTA dan mereka sedang atau telah menjawat beberapa jawatan penting di Institusi Pendidikan Tinggi, Kementerian-kementerian, badan berkanun, Swasta dan tidak lupa juga didalam parti politik tanah air. PBSISTA telah diubah kepada ALUMNISISTA oleh Dato' Zahid b, Hamidi selaku Presiden persatuan didalam satu mesyuarat agung yang diadakan pada tahun 2004. Beliau berharap persatuan ini akan menjadi sebauah persatuan yang mendepankan kepentingan warga SISTA dan disegani oleh masyarakat disuatu hari nanti.
OBJEKTIF:-
- Berusaha untuk mengumpulkan warga SISTA disetiap pelusuk tanah air dan peringkat bagi bersama-sama berada di sebuah landasan (“platform” / “forum”) untuk menyedari, memikir dan menunaikan hasrat penubuhan SISTA pada awal tahun 60'an dahulu. SISTA adalah dua buah sekolah ugama yang diharapkan mampu melahirkan pemimpin-peminpin atau pegawai-pegawai kepada organisasi dan masyarakat yang berusaha mendaulatkan dan mengamalkan syari'at Allah swt sebagai suatu cara hidup. Slogan “kearah mencapai matlamat yang lebih tinggi” telah dipilih untuk mengingati harapan ini.
- Berusaha untuk mengenalpasti dan mengembelengkan kepakaran, buah fikiran, keewangan serta tenaga warga ALUMNISISTA bagi mengukuhkan iltizam ahli meneruskan hasrat-hasrat penubuhan SISTA. Ini termasuk sentiasa berusaha untuk meningkatkan keperibadian ahli bagi menghadapi perubahan tamaddun dan globalisasi kini melalui program suaikenal, pengisian atau perkongsian ilmu, kepakaran, pengalaman dan perniagaan di semua peringkat. Juga sedikit khidmat nasihat atau bantuan bagi warga SISTA yang malang atau telah “tergelicir dipertengahan perjuangan mereka”. Mudah-mudahan ALUMNISISTA mampu membangunkan agama, bangsa dan negara mengikut syari'at Allah swt khususnya bagi negeri Perak dan Malaysia amnya.
- Berusaha untuk mengajak warga SISTA bagi meneruskan kesinambungan asas dan jasa bakti yang telah dicurahkan Allahyarham Tan Sri Ghazali Bin Jawi, Menteri Besat Perak yang pertama kepada penubuhan SIS dan SERATA pada tahun 1959~1960. Juga berusaha mengajak warga SISTA mencurahkan sedikit khidmat bakti melalui ALUMNISISTA sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt, mengenang dan membalas budi yang baik pada mereka yang telah berjasa mendidik dan melahirkan warga SISTA sebagai insan yang berjaya di Menara Gading atau lain-lain.
- Berusaha menjalin, mengerat, melihara dan meneruskan kerjasama atu hubungan yang erat dan terpilih dengan Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Istana Negeri Perak, Menteri Besar Perak, Pejabat Menteri Besar Perak, Jabatan Pelajaran Perak, Yang Dipertua dan Pejabat Ugama dan Adat Istiadat Melayu Perak serta PIBG SISTA di dalam usaha membangunkan SISTA sebagai sebuah jaringan pendidikan Islam yang disegani khususnya di Negeri Perak dan Malaysia amnya.
VISI
- WARGA SISTA PENDAULAT SYARI'AT ALLAH S,W.T. DIDALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MEREKA, MASYARAKAT DAN PERSEKITARANNYA.
MISI
- SENTIASA MENGUJUDKAN DAN MENGGALAKAN PROGRAM AMAL MA'AROF DAN NAHI MUNGKAR DI SETIAP DAERAH DAN BIDANG.
MOTTO
- KEARAH MENCAPAI MATLAMAT YANG LEBIH TINGGI
MUTIARA KATA
“Diantara orang-orang yang beriman itu ada tokoh-tokoh yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam). Maka diantara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan ada yang sedang menunggu gilirannya dan mereka pula tidak mengubah (apa yang telah dijanjikan itu), sedikit pun” – Maksud Alqur'an ayat 23, Surah Al-Ahzat.
SYARAT-SYARAT:-
Terbuka kepada semua warga SISTA dan keluarga mereka.
YURAN DAN PELABURAN MINIMA:-
- Pendaftaran : RM 10.00
- Yuran Tahunan : RM 5.00
- Yuran seumur Hidup : RM 100.00
Note: Pendaftaran, bayaran yuran boleh dibuat melalaui pejabat atau www.e-alumnisista.com
ORGANISASI 2006/7 Pengerusi : Y.Bhg. Dato' Hj. Ahmad Zahid B. Hj. Hamidi
Naib Pengerusi I : Y.Bhg. Dato' Hj. Mohd Rafaie B. Hj. Mokhtar
Naib Pengerusi II : Puan Hjh. Wan Sariah Bt Mior Ahmad Ismail
Setiausaha : Tuan Hj. Mohd Yaakob B. Jaafar
Pen. Setiausaha : Tuan Hj. Ahmad Suhaimi B. Hj. SAriffin
Bendahari : En. Azman B. Omm
AJK :
Y.M. Raja Jaafar B. Raja Osman
Tuan Hj. Mohd Yusop B. Zahidin
Tuan Hj. Mahalli Zuhdi B. Mahmud Zahudi
AF Ust. Ahmad B. Mohd Tayib
Puan Hjh. Salmiah Bt. Sobran
Puan Hjh. Maziah Bt. Mohd Noor
Puan Mariam Bt. Mohd Yamin
Semakan (2)
admin@e-alumnisista.com
10hb. Disember 2006
|