Tarikh: 2009-09-05
Tajuk: MAJLIS BERBUKA PUASA - Alumni SISTA
Penerangan:
Sempena Sambutan Jubli Emas SISTA - Satu program Majlis Berbuka Puasa akan diadakan pada 05/09/2009 (Sabtu), bermula jam 6 petang dan akan berakhir sekitar jam 11 malam, sila buat pengesahan kehadiran kepada saya Azman Omm (019-5572525)/(05-527 8525) semada secara talipon/sms/fax selewat-lewatnya 03/09/2009 untuk mengelakan PEMBAZIRAN....SEMUA BEKAS PELAJAR ADALAH DIJEMPUT HADIR...T.Kasih
Tarikh: 2009-01-07
Tajuk: MOHON BANTUAN
Penerangan:
Kepada bekas-bekas pelajar Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah terutama yang berusia 20an agar dapat menghubungi saya Azman Omm (019-5572525) kerana saya memerlukan bantuan untuk mengendalikan Program Sambutan 50 Tahun SISTA ini nanti
Terimakasih
Tarikh: 0000-00-00
Tajuk: MESYUARAT AGUNG Alumni SISTA & KOSISTA DAN SAMBUTAN HARIRAYA
Penerangan:
Tarikh : 27/10/2008
Hari : Isnin
Masa : 12 tengahari Hingga 6 ptg
Tempat : Dewan Sekolah Izzuddin Shah Ipoh
AHLAN WASAHLAN WAL MARHABAN BIKUM
Sebarang pertanyaan hubungi Sdr. Azman Omm (Bendahari)019-557 2525
Tarikh: 2008-06-27
Tajuk: Pertandingan Nasyid Mahrajan Peringkat Negeri Perak
Penerangan:
Soutul Faizin SIS akan mewakili daerah Kinta Utara pada 27 dan 28 jun bertempat di SERATAS Taiping. Doakan kejayaan buat mereka walaupun dah di beri bayangan bahawa Sek bkn kementerian susah nak menang... yang penting mesej perlu disampaikan
Tarikh: 2007-12-22
Tajuk: Walimatul Urus
Penerangan:
Tn. Hj Ahmad Suhaimi bin Hj. Ariffin PJK, PPT dan isteri sis 1960 ( AJK Alumnisista dan ALK KOSISTA)menjemput warga sista ke majlis walimatul urus anak perempuan beliau di Lot 1852, Kpg Menderang Lama, 35600 Sungkai, Perak. (11:00 pg ~ 4:30 ptg). Jemput hadir dan sebarkan.
Tarikh: 2007-11-03
Tajuk: JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
Penerangan:
Jamuan Hari Raya AidilFitri akan diadakan pada 03/11/2007 bermula jam 12 tengahari hingga 2 petang di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh. Kita jangkakan seramai 300 bekas pelajar dan tetamu akan hadir pada hari ini.
Kepada semua Ahli Alumni SISTA dan bekas-bekas pelajar, anda semua dijemput hadir.
Sekian. Wassallam.
Azman Omm
Bendahari Alumni SISTA
116/82
Tarikh: 2007-09-06
Tajuk: AF. Dato' Ust. Abdul Rahman Al-Mubarak
Penerangan:
PULANG KE RAHMATULLAH : Pada hari Khamis 30/08/2007, jenazah telah selamat dikebumikan di Ipoh pada hari Jumaat 31/08/2007. Kesempatan ini, Alumni SISTA mengucapkan Takziah kepada keluarga AF Ust. Ianya adalah satu KEHILANGAN yang cukup besar bagi kita semua.InsyakAllah rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin.
Tarikh: 2007-09-06
Tajuk: UJIAN KEMASUKAN KE SEKOLAH AGAMA NEGERI PERAK
Penerangan:
Ujian kemasukan ke sekolah Kerajaan Negeri Perak (SIS, TA'AYAH dan SARJANA)akan berlansung pada tarikh 08/09/2007 Sabtu di lokasi yang telah ditentukan.
Kepada ahli Alumni SISTA yang mempunyai anak dan berminat untuk disertakan di dalam Kuota Alumni SISTA sila beri butiran kepada saya Azman Omm, Bendahari, dengan menalipon saya ditalian 019-557 2525.
Sekian terimakasih.
Tarikh: 0000-00-00
Tajuk: Soutul Faizin Johan Nasyid Kebangsaan 2007
Penerangan:
Bertempat di UMT (Universiti Malaysia Terengganu) Soutul Faizin telah dinobatkan Juara Pertandingan Nasyid Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan. Percubaan kali ke 3 di Peringkat Kebangsaan kali ini berjaya membuahkan hasil. Tahniah kepada Kumpulan Nasyid Soutul Faizin dan Guru2.. 2 lagu yang dibawa adalah Hidup Cemerlang Tanpa Dadah dan Remaja Bestari Bebas Dadah berjaya meninggalkan Kump nasyid An Nadwa (Johor) dan ketiga Kump Nasyid Al Faradis (Kedah) selaku Juara bertahan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama pihak penaja dari kalangan bekas2 pelajar SIS sendiri yang benar2 meminati nasyid kontemporari.
Sekali lagi ucapan Tahniah buat Soutul Faizin kerana berjaya mengharumkan nama Perak terutamanya sekolah kita yang tercinta Sek Izzuddin Shah. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kejayaan pada masa2 mendatang.
Tarikh: 2007-07-28
Tajuk: Soutul Faizin Juara Pertandingan Nasyid Anti Dadah Negeri Perak
Penerangan:
Bertempat di PPD KINTA, Kumpulan Nasyid Soutul Faizin sekali lagi berjaya mempertahankan kejuaraan dalam Pert Nasyid Anti Dadah Peringkat Negeri Perak. MCKK berada di kedudukan kedua dan pemenang ketiga SMK Seri Perak. Soutul Faizin akan berentap di Peringkat Kebangsaan pada 18 - 21 Ogos 2007 bertempat di Kuala Terengganu. Doakan kejayaan mereka...
Tarikh: 2007-07-25
Tajuk: KEJOHANAN GOLF ALUMNI SISTA
Penerangan:
Julung-julung kalinya Alumni SISTA akan menganjurkan Kejohanan Golf Alumni SISTA Piala Presiden Alumni SISTA YB Datuk Ahamad Zahid Bin Hamidi di Clearwater Sactuary Golf Resort, Lot 6019, Jalan Changkat Larang, 31000 Batu Gajah Perak jam 8.00 Pagi.Kepada Ahli Alumni SISTA dan Bekas Pelajar SISTA bolehlah menghubungi En. Azman Omm (019-557 2525) atau En. Roslee Jelani (016-361 4747)untuk mendapatkan keterangan lanjut.Eratkan Silaturrahim.....
Tarikh: 2007-07-25
Tajuk: MESYUARAT AGUNG ALUMNI SISTA DAN KOSISTA
Penerangan:
Mesyuarat Agung Tahunan Bagi Alumni SISTA dan Mesyuarat Agung Tahunan KOSISTA akan berlangsung pada 11hb. Ogos 2007 di Dewan Utama Clearwater Sactuary, Golf Resort. Lot 6019, Jalan Changkat Larang, Batu Gajah Perak jam 2.00 Petang. Semua Ahli Alumni SISTA dan KOSISTA serta bekas-bekas pelajar yang masih belum menjadi ahli agar dapat hadir. Untuk sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan En. Azman Omm (1982)(Bendahari).
Tarikh: 2007-05-07
Tajuk: Soutul Faizin Wakili Perak
Penerangan:
Bertempat di Kompleks Belia Ipoh pada 5 Mei yang lepas, kumpulan nasyid Sekolah Izzuddin Shah berjaya menjadi juara nasyid belia peringkat Negeri Perak.
Kumpulan ini akan bertanding di peringkat kebangsaan pada 12 Mei 2007 bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil.
Setinggi tahniah juga di ucapkan kepada kumpulan nasyid Ainul Yaqin (SERATA) yg muncul naib juara pada pertandingan tempohari...
Semoga SISTA akan menghasilkan lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Tarikh: 2007-02-28
Tajuk: SUKARELAWAN PENTADBIR WEB ALUMNISISTA
Penerangan:
- Lembah Klang. Alumnisista masih mencari sukarelawan ex-sista yang minat IT untuk menjadi “web-administrator” di daerah-daerah, negeri-negeri atau IPT-IPT tempatan. Khidmat mereka diperlukan untuk mempromosikan web alumnisista, melapurkan berita-berita alumnisista, mendaftar ex-sista terutama mereka yang kurang akses kepada IT. Sila berhubung dengan “web-master” melalui admin@e-alumnisista.com. Semua warga ex-sista juga dipelawa untuk mengiklankan aktivit-aktiviti kumpulan / “batch” mereka didalam web ini (percuma). Mereka juga boleh mendapatkan alamat penuh dan no. talifon bekas-bekas pelajar didalam kumpulan mereka yang telah mendaftar dengan www.e-alumnisista.com dari “web master”.
Tarikh: 2007-02-28
Tajuk:
Penerangan:
Tarikh: 0000-00-00
Tajuk:
Penerangan:
Tarikh: 2007-03-07
Tajuk: KEMBALI KERAHMATULLAH SEORANG AHLI ALK KOSISTA 2006/7
Penerangan:
02hb. Mac’07 - Taman Sri Keramat Ulu Klang, KL. Sahabat kita Allahyarham Hj. Dzulkefly Ismail (+-50) telah kembali kerahmatullah pada lebih kurang pukul 6:20 ptg. Jumaat 2 hb. Mac. ’07. Beliau telah meninggalkan seorang balu dan empat orang anak yang dikasihi Allahyarham. Semasa hayatnya Allahyarham selalu berkhidmat dengan badan amal seperti Surau di Taman Allahyarham, Koperasi Belia Islam dan lain-lain. Allahyarham telah menderita “cancer” tekak selama 6 bulan. Walaupun didalam keadaan kurang selesa, Allahyarham juga telah sempat meghadiri mesyuarat bulanan Alumnisista yang diadakan di Ipoh pada 10hb. Feb’07 lalu. Dato’ Ahamd Zahid yang mempegerusikan mesyuarat ini amat berbangga dengan sikap Allahyarham dan patut dicontohi semua. Ramai ahli telah menziarahi Allahyarham termasuk Dato’ Ahmad Zahid, Dr. Osman Bakar dan lain-lain. Alumnisista mengajak semaua warga bekas SISTA mendoakan Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beramal soleh dan ketabahan bagi keluarga yang ditinggalkan. -Amin.
Tarikh: 2007-03-07
Tajuk: PENGKALAN DATA PELAJAR-PELAJAR EX-SISTA ID IPT TEMPATAN
Penerangan:
10 February 2007- Ipoh. Di dalam mesyuarat bulanan yang diadakan disini YB.Dato' Presiden Dato' Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan Alumnisista mengujudkan pengkalan data bagi pelajar-pelajar ex-sista di IPT-IPT Tempatan. Ia akan digunakan untuk mengenal pasti dan merancang beberapa program khas bersama mereka seperti kursus motivasi, kerjaya dan ilmuan. Program ini dirancangkan untuk memupuk dan meneruskan budaya yang sihat dikalangan pelajar-pelajar bekas sista di IPT sekarang. Dengan itu Alumnisista menjemput semua pelajar dan kaki tangan bekas SISTA di IPT-IPT Tempatan untuk mendaftar dilaman www.e-alumnisista.com secepat mungkin. Alumnisista juga bersedia menerima idea dan sukarelawan untuk ini.
Tarikh: 2007-03-07
Tajuk: RANGKAIAN MAXIS PERAK SELATAN
Penerangan:
Kadar istimewa dan berpatutan untuk perkhidmatan ini boleh didapati dari seorang ahli KOSISTA. Sila hubungi Sdr. Hisham Mustapha 012-5844443 untuk keterangan lanjut.
Tarikh: 2007-03-07
Tajuk: SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK (KHAIRAT KEMATIAN).
Penerangan:
Alumnisista mengajak para ahli menyertai Skim takaful berkelompok (khairat kematian) yang dikelolakan oleh Daerah Kuala Kangsar. Untuk penyertaan dan pertanyaan boleh disalurkan kepada Sdr. Adam Yusof: 013-5082075. Pendaftaran on-line melalui www.e-alumnista.com sedang dirangka.
Tarikh: 2007-03-07
Tajuk: Majalah Sejarah Perkembangan 40 Tahun Sekolah Raja Perempuan Ta'ayah
Penerangan:
Sesiapa yang berminat sila hubungi En. Nazeri di talian 05-2545713.