Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
Assalamaualaikum wrt wbh.
Dato' Sri – Dato' Sri, Datin Sri – Datin Sri, Dato'-Dato', Datin- Datin , Tuan-tuan, Puan-puan , Saudara-saudara dan Saudari-saudari bekas pelajar-pelajar sekolah Izzuddin Shah dan Raja Perempuan Ta'ayah serta keluarga yang dihurmati.
Alhamdulillah, e-alumnisista.com telah berjaya diujudkan sebagai web resmi persatuan kita alumnisista yang dahulunya dipanggil pbpsista. InsyaAllah, web ini akan memudahkan dan menambahbaik urusan pentadbiran dan perhubungan diantara ahli dan AJK persatuan. Web ini juga akan mendekatkan kita yang sentiasa sibuk dengan urusan harian kepada persatuan, bekas sekolah dan rakan-rakan seperjuangan.
Proses pendaftaran, mengemaskini dan menyemak butir ahli, aktiviti-aktiviti, bayaran dan akaun akan menjadi lebih mudah dan cepat secara “on-line”. Sebanyak 22 atau lebih wakil-wakil daerah akan bersedia untuk membantu kita menggunakan web ini. Mereka juga akan menerima dan melapurkan seranan-seranan, iklan-iklan dan berita-berita perkembangan persatuan, sekolah, pelajar-pelajar dan tokoh-tokoh yang telah berjasa kepada SISTA. Mudah-mudahan, kita boleh mendapat perkembangan atau berita-berita yang lebih menyeluruh dan terkini dari semua daerah. Web ini juga akan dipautkan kepada web-web bekas pelajar yang sedia ada.
Alhamadulillah sekali lagi, koperasi kita KOSISTA telah bersetuju untuk membiayai perbelanjaan pembangunan dan operasi e-alumnisista.com ini. Moga-moga melalui kemudahan yang terdapat didalam web ini, kita juga akan terus berminat untuk menyertai dan memajukan KOSISTA agar setanding dengan koperasi-koperasi lain. Kebanyakan koperasi yang berjaya ini telah mengahasilkan lebih dari 15% dividen dan bonus setiap tahun disamping manafaat-manafaat yang lain.
Akhir kata, marilah bersama-sama menjemput bekas-bekas pelajar dan keluarga mereka menjadi ahli ALUMNISISTA didalam usaha kita untuk melahirkan satu jaringan bekas-bekas pelajar dan keluarga SISTA yang kuat dan mampu mengamalkan dan mendaulatkan “Islam Sebagai Cara Hidup” kita. Inilah yang dihajati oleh para pengasas dan pendokong penubuhan SISTA yang lalu serta guru-guru SISTA disepanjang masa. Marilah kita berusaha dan berdoa agar kita berjaya melahirkan cita-cita murni ini terutama dibidang pendidikan, muamalat dan sosial.
Mudah-mudahan dengan izin Allah s.w.t. kita semua menjadi muslim yang lebih sempurna dan terpilih. Jangan sekali-kali menjadi muslim yang ramai tapi seperti “buih-buih dilaut” atau seperti “satu hidangan lazat yang sedang direbut dan dimamah oleh sipelahap yang lapar”. Hadis dan sejarah silam telah membuktikan “tiada siapa pun akan mampu berdiri teguh bersendirian walaupun apa pun derajat mereka kecuali para ambiya' dan wali Allah”. Izinkanlan Alumnisista atau www.e-alumnisita.com mengisi sedikit ruang dan masa kita didunia ini. Didalamnya mungkin ada barakah dan individu-individu yang menjadi contoh untuk kita teladani.
Wallahua'lam dan selamat berusaha.
Wassalamualaikum wrt.
admin@e-alumnisista.com
15hb. Disember 2006 (2)
|